Team ELITE, sekumpulan pelajar MBA dari Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan (UKMGSB), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), telah berjaya melaksanakan program Literasi Kewangan untuk Pelajar OKU yang diadakan di Hotel Seri Malaysia, Kepala Batas, Pulau Pinang. Program ini bertujuan untuk membekalkan pelajar OKU dengan kemahiran asas dalam pengurusan kewangan, sekali gus membantu mereka mencapai tahap kebebasan kewangan yang lebih baik pada masa hadapan. Read more →