Tag: INSTITUT JANTUNG NEGARA

(SEMASA) ANUAR ZAIN BAKAL PENUHI IMPIAN PESAKIT KANAK-KANAK DI INSTITUT JANTUNG NEGARA

 IJN aa crop

Institut Jantung Negara (IJN), 30 September 2014. Anuar Zain bakal memeriahkan majlis makan malam sempena ulangtahun kedua Pusat Jantung Kanak-Kanak Kongenital IJN (IJN PCHC). IJN PCHC akan melancarkan “PCHC Support Group” yang dinaungi oleh YABHG Tun Dr. Siti Hasmah Binti Haji Mohamad Ali. PCHC Support Group ini ditubuhkan dengan objektive adalah untuk membantu pesakit dan keluarga / penjaga semasa proses perawatan di IJN serta menguruskan pesakit-pesakit jantung kongenital ini. Untuk menjalankan aktiviti-aktiviti tersebut, PCHC Support Group ini memerlukan dana dan sukarelawan bagi membantu pesakit jantung kanak-kanak ini. PCHC Support Group ini adalah kumpulan sukarelawan yang berkerja sebagai rangkaian sokongan di kalangan ibu bapa dan kanak – kanak pesakit jantung. Melalui kumpulan sokongan ini, mereka berkongsi pengalaman dan memberi sokongan terhadap ibu bapa yang mempunyai anak pesakit jantung. Read more →