Selari dengan arus perjalanan seni yang berkembang dan berevolusi, kini HUJAN tampil dengan sebuah album baru yang berbeza daripada album mereka sebelum ini. Sebagai sebuah kumpulan pemuzik indie yang paling berpengaruh di Malaysia, HUJAN sentiasa memberi kelainan dalam berkarya. Jika sebelum ini SANG ENEMY merupakan sebuah album yang menampilkan lagu-lagu berunsur rock yang agak ‘berat’, JIKA SEMPAT secara keseluruhannya mempunyai irama seperti di awal permulaan kumpulan HUJAN. Read more →