Tag: KEKAL RELEVAN DI HATI PELANGGAN

(SEMASA) ORO ITALIA 916® HABIB PENCETUS TREND, KEKAL RELEVAN DI HATI PELANGGAN

KUALA LUMPUR, 25 NOVEMBER 2021 – Bermula dengan nama Koleksi Emas Itali sewaktu awal diperkenalkan pada tahun 2010, koleksi ini telah berjaya mendapat tempat di hati penggemar barangan kemas di serata negara. Sinonim dengan warna emas 916 seperti kuning, putih dan ros, koleksi yang diterbangkan dari Itali ini berjaya menjadi pencetus trend kepada industri barangan kemas emas di Malaysia. Negara Itali cukup terkenal dengan industri pembuatan barangan kemas yang bertaraf dunia. Oleh itu, Dato’ Sri Meer Habib, Pengerusi Eksekutif Kumpulan HABIB telah mengambil kesempatan untuk bekerjasama dengan pakar pembuatan barangan kemas dari Itali untuk menghasilkan rekaan-rekaan unik yang kini ditawarkan di seluruh bilik pameran HABIB.

Read more →