Kuala Lumpur, 5 Ogos 2025 – Astro, selaku peneraju kandungan dan hiburan di Malaysia, terus memperkukuh komitmennya dalam mencungkil serta mengangkat bakat tempatan menerusi penganjuran musim terbaharu program realiti nyanyian ikonik, Kilauan Emas 2025. Menampilkan pendekatan yang lebih segar dan inklusif, program ini akan mula bersiaran pada 16 Ogos 2025, setiap Sabtu, jam 9 malam di Astro Prima (Saluran 105). Read more →
