Meskipun boleh dicegah, penyakit jantung kekal sebagai pembunuh utama di Malaysia, dengan setengah juta individu menghidap tekanan darah tinggi, diabetes, kolesterol tinggi dan obesiti. Kajian menunjukkan satu pertiga daripada kematian akibat serangan jantung melibatkan individu di bawah usia 60 tahun. Lebih membimbangkan lagi, pesakit kardiovaskular di Malaysia adalah 10 tahun lebih muda berbanding negara maju. Ketika ini, 1 daripada 3 orang dewasa di Malaysia menghidap kolesterol tinggi, namun separuh daripada mereka tidak menyedarinya. Read more →