Putrajaya, 31 Disember 2025 – Konsert Malam Hijrah Bergema anjuran TV AlHijrah berjaya menghimpunkan ribuan pengunjung daripada pelbagai lapisan masyarakat dalam suasana tertib, tenang dan penuh penghayatan apabila elemen seni dan dakwah digabungkan sebagai medium menyampaikan mesej penghijrahan jiwa sempena sambutan ambang tahun baharu. Konsert Malam Hijrah Bergema turut diserikan lagi dengan kehadiran Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Marhamah Rosli. Antara tetamu kenamaan lain yang hadir memeriahkan program termasuk Timbalan Ketua Setiausaha (TKSUK) Jabatan Perdana Menteri (JPM), Ahli Lembaga Pengarah TV AlHijrah, serta barisan Ketua Agensi Hal Ehwal Agama, sekali gus mencerminkan sokongan pelbagai pihak terhadap usaha memperkasa seni dan dakwah. Read more →
