KUALA LUMPUR, 2 FEBRUARI 2026 – LS2, jenama keselamatan terkemuka global, memperkukuh kehadirannya di Malaysia dengan pelancaran lima kelengkapan menunggang baharu bersempena Mforce Lou Sang Dinner 2026 di M Resort & Hotel. Barisan produk tersebut merangkumi LS2 CHAKI EVO MAN GLOVE, LS2 DART II EVO MAN GLOVE, LS2 TORRENT BOOTS, LS2 X-TERRAIN JACKET dan LS2 OF628 COMPASS.
LS2 CHAKI EVO MAN GLOVE dan LS2 DART II EVO MAN GLOVE direka untuk kegunaan urban dengan peningkatan pada sistem pengudaraan mesh dan cengkaman silikon anti-gelincir. Kedua-dua model ini mengekalkan pelindung tapak tangan keras TPU bagi memastikan keselamatan maksimum tanpa mengorbankan keselesaan harian.
Bagi perlindungan tubuh dan kaki, LS2 TORRENT BOOTS menawarkan ciri kalis air dan tahan lasak untuk semua musim, manakala LS2 X-TERRAIN JACKET
(Pensijilan CE Kelas A) hadir dengan ACF memory foam. Jaket ini sangat versatill kerana boleh dipakai sebagai lapisan dalam atau luar, sesuai untuk cuaca panas Malaysia.
Melengkapkan pelancaran, topi keledar open-face LS2 OF628 COMPASS diperkenalkan untuk kegunaan bandar yang praktikal. Diperbuat daripada HPTT dengan dua saiz cangkerang dan lima lapisan EPS, ia menawarkan perlindungan optimum bagi saiz M sehingga 4XL. Model ini juga dilengkapi modul integrasi khas untuk sistem Bluetooth.
Kesemua produk ini akan tersedia tidak lama lagi di semua pengedar sah Mforce dan CFMOTO di seluruh negara. Read more →
