Menjelang penghujung tahun, penyanyi berbakat Malaysia, Vanessa Reynauld, mengumumkan pelancaran single Mandarin pertamanya berjudul Would You Leave Me Too?. Lagu ini boleh didapati di semua platform penstriman utama bermula Jumaat, 28 November 2025, sebagai hadiah istimewa buat para peminat sempena penutup tahun. Anak seni kelahiran Klang ini terus memperluaskan kerjaya seninya dengan langkah berani menembusi dunia muzik Mandarin, sekali gus mengukir satu lagi pencapaian baharu dalam perjalanan seninya. Read more →
