Mary Chia yang telah bertapak di Malaysia selama lebih 5 tahun dan mempunyai 32 tahun pengalaman dalam bidang kecantikan, pelangsingan badan dan spa sejak ditubuhkan di Singapura. Setakat ini Mary Chia telah pun mempunyai 4 cawangan di sekitar Lembah Kelang iaitu di Sunway Pyramid, One Utama, Tropicana City Mall, Midvalley dan juga 2 cawangan di Johor Bahru di Sutera Mall dan Plaza Pelangi. Mereka berhasrat untuk menembusi pasaran penjagaan badan, kecantikan dan pelangsingan badan di Malaysia dengan lebih jitu lagi dengan memperkenalkan kempen ‘Serlahkan Keanggunanmu bersama Mary Chia’ yang menampilkan pelakon jelita dan terkenal tanahair, Natasha Hudson, selaku duta kempen promosi tersebut. Read more →