PETALING JAYA, 15 Disember 2020 – Dalam norma baharu ini, ibu bapa sering berhadapan dengan cabaran untuk menerapkan sukan dalam kehidupan anak-anak mereka, terutamanya buat mereka yang percaya sukan dapat memberikan pengajaran yang berharga. Seiring dengan situasi terkini yang mewajibkan penjarakan sosial, ibu bapa kini bergantung kepada MILO Champions Clinic: E-Coaching untuk terus menyemarakkan semangat bersukan dalam kalangan anak-anak mereka secara selamat sepanjang musim cuti sekolah ini. Read more →