PETALING JAYA, 21 NOV 2017 – Shopee, platform eDagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan meraikan ulangtahun dengan rekod perkembangan cemerlang tahun ini. Dalam tempoh dua tahun sahaja, Shopee telah menyaksikan pertumbuhan penting dalam semua tujuh pasaran dengan kira-kira 80 juta muat turun di rantau ini dan lebih daripada 180 juta senarai produk aktif oleh lebih daripada 4 juta usahawan. Sehingga hari ini, terdapat kira-kira 5,000 jenama dan pengedar ternama yang menyertai Shopee. Sejak mula dilancarkan pada 2015, jumlah tenaga kerja Shopee telah berkembang sehingga lebih 2,500 orang. Read more →