Kuala Lumpur, 25 Mei 2017 – Di Mesir, segala-galanya tampak hebat dan menakjubkan; piramidnya yang tinggi menjulang ke langit, kuil-kuil lama yang tersergam megah, tempat membeli-belah yang bersejarah, budaya serta warisannya yang sentiasa memikat hati pengunjung. Namun Mesir tidak hanya dikenali kerana kekayaan sejarahnya semata-mata. Makanannya yang enak, dengan resipi yang diwarisi sejak berkurun lama, yang masih lagi dihidangkan oleh para ibu di Mesir untuk keluarga mereka dan dijual oleh penjaja makanan memberikan suatu rasa, tekstur, aroma dan perisa yang tidak mungkin dapat dilupakan. Read more →