Tag: MHT Live My

(HIBURAN) SIAP SEDIA UNTUK ‘HEALING’: RAISA AJAK PEMINAT TEROKA DUA SISI EMOSI DI ZEPP KL FEBRUARI INI!

Bintang pop tersohor Indonesia, Raisa, bakal kembali untuk mengubati kerinduan peminat di Malaysia menerusi konsert jelajah terbaharunya, Raisa Ambivert Tour. Persembahan yang amat dinantikan ini dijadualkan berlangsung pada 13 Februari 2026, bertempat di lokasi konsert ikonik, Zepp Kuala Lumpur, bermula jam 8.30 malam. Dianjurkan bersama oleh Sembang Kari Entertainment dan MHT Live My, dengan Juni Concert sebagai rakan penganjur, konsert ini bakal menyaksikan Raisa membawakan naratif seni yang lebih peribadi menerusi tema “Ambivert”. Tema ini mencerminkan sisi personaliti beliau yang unik, menggabungkan elemen dinamik dan emosi dalam satu persembahan yang penuh bertenaga. Read more →