Tag: MOTAC

(SEMASA) Jom Meriahkan Hari NBOS 2016

Poster - Artist ListHari NBOS 2016 yang sedang berlangsung di PICC Putrajaya telah dirasmikan oleh Tan Sri Dr Ali Hamsa (Ketua Setiausaha Negara) pada 14 Ogos 2016 manakala Pameran Fashion Bazaar by Roopawan.com oleh Tan Sri Irwan Siregar (Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan) juga pada hari yang sama di Putrajaya. Read more →

(SEMASA) Barisan Aktiviti Menarik Sempena Hari Terbuka NBOS 2016

Poster - Vendor ListMalaysia kian menghampiri matlamat menjadi negara maju seiring dengan wawasan 2020. Aspirasi negara bukan sahaja untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi malah menjadi sebuah negara maju yang rakyatnya hidup sejahtera dan dapat menikmati kemakmuran ekonomi hasil pembangunan negara. Untuk mencapai aspirasi ini, kerajaan menggunakan prinsip Strategi Lautan Biru Kebangsaan (National Blue Ocean Strategy) atau NBOS. NBOS menekankan kepada prinsip impak tinggi, kos rendah, pelaksanaan pantas dan mampan dalam program-program pembangunan negara. Read more →

(SEMASA) Hari Terbuka NBOS 2016

v3 nbos

Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) yang dilaksanakan sejak tahun 2009 telah diilhamkan oleh YAB Perdana Menteri. NBOS menekankan kepada pelaksanaan program transformasi sosial di mana sehingga kini sebanyak 93 inisiatif telah berjaya dilaksanakan. Antara inisiatif yang paling berjaya adalah Pusat Transformasi Bandar (UTC), Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC), Program Rehabilitasi Komuniti (CRP), rondaan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Pusat Transformasi Komuniti Bergerak (Mobile CTC), 1Malaysia For Youth(1M4U), 1Malaysia Entrepreneurs (1MET) dan sebagainya. Tujuan penganjuran Hari Terbuka NBOS ini dari 14-18 Ogos 2016 adalah untuk berkongsi pengalaman Malaysia melaksanakan program transformasi sosial berdasarkan prinsip NBOS seperti impak tinggi, kos rendah, pelaksanaan yang pantas dan mampan. Read more →