Tag: Muzik

(HIBURAN) PELANCARAN SINGLE & MUZIK VIDEO ‘JODOH BERDUA’ DAN PENGUMUMAN KONSERT HAFIZ HAMIDUN

MAJLIS PELANCARAN SINGLE & MUZIK VIDEO ‘JODOH BERDUA’ HAFIZ HAMIDUN-11

Hafiz Hamidun atau nama penuhnya Mohammad Hafiz bin Hamidun merupakan seorang penyanyi, pengacara, pencipta lagu, penerbit dan selebriti Malaysia yang popular dengan album ‘Zikir Terapi Diri’ beliau. Hafiz juga telah mendapat sambutan yang memberangsangkan dari peminat beliau di mana saat masalah jualan album yang merudum, album ‘Zikir Terapi Diri’ dan ‘Zikir Terapi Diri 2’ beliau telah berjaya dijual dalam angka yang besar dimana ia telah menjangkaui lebih dari 200,000 unit. Ini merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan buat diri Hafiz khususnya dan industri muzik tanah air amnya. Read more →

(HIBURAN) KEPUTUSAN PENUH PEMENANG ANUGERAH INDUSTRI MUZIK 2013 (AIM 20)

 aim-2013SMALLlagi

Berakhir sudah malam gilang-gemilang  Anugerah Industri Muzik 2013 (AIM ke 20). Bermula dengan acara karpet glamor, AIM 20 kali ini diserikan dengan gandingan pengacara Dato’ Aznil dan Nabil Ahmad yang merupakan pelawak tersohor Malaysia. Anugerah Industri Muzik 2013 telah diadakan di Stadium Bukit Jalil bermula 8.30 malam dengan acara Karpet Glamor AIM dan kemudian pada pukul 9 malam pula diteruskan dengan acara penyampaian anugerah. Malam kegemilangan  AIM 2013 membuka tirainya dengan persembahan hebat artis terkenal Malaysia antaranya Dato’ Siti Nurhaliza, Hafiz Suip, Ning Baizura, Shila Amzah, Spider, Najwa Latif dan Aizat. Malah, penyanyi popular dari seberang iaitu Dato’ Rossa dan Afghan akan turut sama menyerikan pentas AIM 20. Read more →

(SEMASA) Twisties Traxxobeats – peluang rakyat Malaysia mencipta muzik remix

Twisties Traxxobeats-Logosmall

Twisties Traxxobeats menjemput rakyat Malaysia mencipta trek unik dalam cabaran muzik remix Pemenang berpeluang menghasilkan trek didalam studio dimana trek dan nama mereka akan disiarkan dalam iklan TV nasional “Cat on the Fly”. Sekali lagi, snek kegemaran ramai rakyat Malaysia, Twisties, membawa kelainan hebat kepada senario muzik tempatan! Twisties “Traxxobeats”, pertandingan yang dilancarkan baru-baru ini menawarkan orang ramai peluang menarik untuk mencipta muzik melalui platform unik, iaitu aplikasi Twisties “Traxxobeats”. Read more →

(HIBURAN) Parti sempena sambutan tahun baru 2013 bersama BlackBerry Muzik Mania

IMG_1740

Parti sempena sambutan tahun baru 2013 bersama BlackBerry Muzik Mania. Blackberry Malaysia akan mengadakan konsert dan  karnival yang bakal menghimpunkan barisan penghibur  termasuk Sheila On 7, Hujan, Bunkface, Kartel dan banyak lagi! Konsert dan karnival  yang dibuat sempena menyambut  tahun 2013 dikenali sebagai Konsert BlackBerry Mania Muzik dan Carnival. Konsert dan karnival ini dibawakan oleh  Tempus Communication dan bakal berlangsung pada 31 Disember 2012 di Stadium Malawati, Shah Alam. Read more →