Bangkok, 8 November 2023 – Datuk Seri Isham bin Ishak; Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan bersama delegasi Kementerian Pertahanan telah hadir ke pameran Defense & Security 2023 yang membuka tirai baru-baru ini di Pusat Pameran IMPACT. Pameran pertahanan dan keselamatan serantau yang berlangsung sehingga 9 Nov ini merupakan platform yang memaparkan evolusi perkembangan teknologi pertahanan dan keselamatan oleh pelbagai syarikat pemain industri pertahanan dan keselamatan dari serata dunia. Dikesempatan ini, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan telah berpeluang melakukan lawatan dan mengunjungi reruai pameran dalam usaha Kementerian Pertahanan mempromosikan dan menarik minat lebih ramai pempamer untuk mendaftar serta terlibat bagi pameran Defence and Service (DSA) dan National Security Asia (NATSEC ASIA) bagi tahun 2024 di bawah penganjuran pihak DSA Exhibition And Conference Sdn Bhd. Turut hadir bersama di pameran ini adalah Jeneral Tan Sri Datuk Seri Mohammad bin Ab Rahman, Panglima Angkatan Tentera mewakili Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Read more →