Kuala Lumpur, 1 September 2019 – Taman Tasik Perdana bertukar menjadi lautan merah apabila dibanjiri hampir 4,000 peserta NESTLÉ OMEGA PLUS Walk-A-Mile yang berbaju merah. Acara riadah jalan kaki yang paling lama di Malaysia itu kembali menyebarkan kesedaran kesihatan jantung buat tahun ke-18 berturut-turut menerusi kerjasama dengan Yayasan Jantung Malaysia (YJM) sempena sambutan Hari Jantung Sedunia. Matlamat acara adalah untuk menyatukan rakyat Malaysia untuk katakan #BUKANSAYA untuk kolesterol tinggi sambil mengorak langkah pertama ke arah jantung yang lebih sihat. Read more →