Tag: ORO ITALIA 916

(SEMASA) KISAH IKONIK ORO ITALIA 916 HABIB, SENTUHAN ISTIMEWA DARI ITALI

AMPANG, 1 November 2022 – Terkenal dengan rekaan yang unik dan berkualiti, barangan kemas emas daripada Koleksi Oro Italia 916 kini tidak asing lagi dalam kalangan umum, malah turut menjadi kegemaran para pelanggan HABIB. Bermula sejak tahun 2010, koleksi ini telah berkembang dengan lebih banyak pilihan yang menawan bagi memenuhi citarasa setiap pelanggan dan sesuai digayakan oleh semua lapisan umur. Kempen HABIB Oro Italia 916 kini berlangsung dari 27 Oktober sehingga 20 November 2022 di bilik pameran seluruh Malaysia. Read more →

(SEMASA) ORO ITALIA 916® HABIB PENCETUS TREND, KEKAL RELEVAN DI HATI PELANGGAN

KUALA LUMPUR, 25 NOVEMBER 2021 – Bermula dengan nama Koleksi Emas Itali sewaktu awal diperkenalkan pada tahun 2010, koleksi ini telah berjaya mendapat tempat di hati penggemar barangan kemas di serata negara. Sinonim dengan warna emas 916 seperti kuning, putih dan ros, koleksi yang diterbangkan dari Itali ini berjaya menjadi pencetus trend kepada industri barangan kemas emas di Malaysia. Negara Itali cukup terkenal dengan industri pembuatan barangan kemas yang bertaraf dunia. Oleh itu, Dato’ Sri Meer Habib, Pengerusi Eksekutif Kumpulan HABIB telah mengambil kesempatan untuk bekerjasama dengan pakar pembuatan barangan kemas dari Itali untuk menghasilkan rekaan-rekaan unik yang kini ditawarkan di seluruh bilik pameran HABIB.

Read more →