Kisah di Kota Bharu Disember 1941, seorang gadis bernama BULAN (20an) anak sulung pengusaha tanaman dan pemburu yang cekap iaitu ISMAIL(50) dan isterinya HASNAH berhadapan dengan kedatangan pihak Jepun ke Kelantan dari arah pantai. Penduduk kampung berdekatan Kota Baharu dan kampung lain terpaksa pertahankan kampung mereka dalam apa cara sekalipun, namun di ketika pihak British yang selalunya ada bersama menjaga mereka, telah disingkir keluar, penduduk cemas dan tidak sempat menyusun langkah pertahanan yang teratur. Maka ramai yang didera dan dibunuh, dan anak gadis dijadikan sasaran ditahan dan dikurung menjadikan mereka comfort woman. BULAN bersama adiknya KASIH (11) dan sahabatnya SUI LI (20an) juga ditangkap. Dikurung, dipaksa mengikut segala kemahuan wanita yang ditugaskan menjaga mereka iaitu MOMOSAN (30an). Read more →