Tag: Peringkat Separuh Akhir

(SEMASA) Proton Rekaan Khas William Chong  Ke Peringkat Separuh Akhir Hot Wheels™ Legends Tour 2022 Global

Kuala Lumpur, 1 November 2022 – Kembali untuk tahun ketiga di Malaysia, Hot Wheels™ Legends Tour dengan kerjasama Art of Speed Malaysia berlangsung dengan lebih hebat! Jelajah Pertunjukan Kereta terbesar dunia itu dalam misi pencarian kenderaan rekaan khas terbaru yang layak ditransformasi kepada model kereta mainan (die-cast) skala 1:64 Hot Wheels®. Tahun ini, William Chong, seorang juruteknik trak treler dari Negeri Sembilan membanggakan negara apabila rekaan khas Proton beliau terpilih mewakili Malaysia di peringkat Separuh Akhir Global. Read more →