Kuala Lumpur, 25 Oktober 2018 – Shopee, platform e-dagang terbesar di Asia Tenggara dan Taiwan, telah melancarkan Shopee 11.11 Big Sale, pesta beli-belah dalam talian nombor satu di rantau ini. Berikutan kejayaan luar biasa Shopee 9.9 Super Shopping Day bulan lepas, Shopee 11.11 Big Sale menjanjikan promosi yang lebih besar dan menarik secara terus-menerus dari 25 Oktober hingga 11 November, termasuk tawaran tanpa Cukai Jualan & Perkhidmatan (SST) daripada jenama-jenama terkemuka, anjuran semula hari bertema kegemaran ramai dan juga tawaran syiling Shopee bernilai RM1.1 juta yang boleh dimenangi menerusi permainan dalam aplikasi Shopee Shake yang mendapat sambutan hebat. Read more →