BALI, INDONESIA, 6 October 2025 – Syarikat teknologi terkemuka Midea, yang juga merupakan salah satu pengeluar perkakas rumah yang terbesar di dunia, baru-baru ini menganjurkan persidangan pengedar bagi rantau Asia-Pasifik di Bali buat kali yang pertama. Acara tersebut mengumpulkan sebanyak 450 orang rakan niaga dari seluruh rantau di bawah tema “Ke Arah Pencapaian Mercu” ataupun “Power of One” dalam usaha untuk mencapai kepimpinan No.1 di dunia merentas semua kategori perkakas rumah. Persidangan itu mempamerkan inovasi terkini Midea, di samping mengukuhkan komitmennya kepada pasaran individu seperti Malaysia, melalui bimbingan latihan teknikal, kecemerlangan perkhidmatan dan kerjasama komuniti yang berterusan. Read more →
