Filem KIL yang pada asalnya hanyalah sebuah projek indie diantara 3 sahabat baik Nik Amir Mustapha, Rewan Ishak & Jeremy Little ini berjaya menarik minat pihak penerbit Grand Brilliance untuk dibawa terus ke layar perak yang akan ditayangkan pada 30 Mei 2013. KIL memulakan penggambaran pada May 2011 selama 11 hari menggunakan kamera Canon DLSR 5D Mark II. Sejurus selepas penggambaran, pihak produksi melancarkan trailer di Youtube & Facebook. Ia mendapat reaksi yang positif dari penonton. Bermula sebagai sebuah filem indie, KIL kemudiannya menjadi salah satu filem yang dinanti-nanti di Malaysia. KIL melalui proses pasca produksi dan siap sepenuhnya pada awal tahun 2012.