Tag: REEZA GTR’

(HIBURAN) SOPHIA ALBARAKBAH MENGUBAH HIDUP ALIF SATAR?

Petaling Jaya, 27 September 2024 – Grand Brilliance Studio Sdn. Bhd. dengan kerjasama Primeworks Studios selaku pengedar dan rakan pemasaran, kini tampil dengan filem terbaru, Reeza GTR, yang menggabungkan tiga genre iaitu aksi, komedi, dan romantik. Filem ini dijangka akan menggegarkan adrenalin penonton di seluruh Malaysia dan juga akan tayang di Brunei mulai 17 Oktober 2024. Filem yang mendapat tajaan daripada Goodyear Malaysia ini telah mengadakan Malam Gala Eksklusif Reeza GTR yang penuh gaya di Golden Screen Cinemas, Mid Valley Megamall. Majlis ini dimeriahkan dengan kehadiran barisan pelakon, kru produksi, tetamu kehormat, para media, serta peminat. Read more →