Seseorang pernah berkata, “Anda menjana pendapatan dengan apa yang anda dapat; anda membina kehidupan dengan apa yang anda beri.” Ada sesuatu yang sangat menawan mengenai sikap memberi. Melihat si penerima bertukar ceria ketika menerima hadiah, tidak kira apa jua acara, adalah satu kegembiraan dan membawa satu keseronokan tersendiri kepada si pemberi. Apatah lagi jika hadiah itu mempunyai makna berbanding hadiah biasa. Dalam gelak tawa dan kegembiraan, mahupun siri kejayaan, perbuatan ringkas seperti memberi ialah sesuatu yang kita hargai.