Tag: Search

(HIBURAN) JALINAN SIMFONI, ORKESTRA MENERUSI SEARCH SYMPHONIC LIVE IN KUALA LUMPUR, 21 SEPTEMBER 2024

Setelah mencetak sejarah dengan kejayaan siri Konsert Fantasia Bulan Salju yang pertama kali dianjurkan di Arena of Stars, Resorts World Genting pada Ogos 2023 dan Fantasia Bulan Salju Live In Singapore pada Januari lalu, kugiran rock legenda Search belum mahu berhenti mengekalkan keutuhan dan keunggulan mereka. Kepercayaan terus diberikan oleh pihak penganjur terhadap Search yang disifatkan masih relevan serta ‘mahal’ apabila kugiran yang dianggotai Datuk Amy, Man Kidal, Hillary Ang dan Nasir Daud ini bakal melaksanakan sebuah lagi konsert berskala besar pada tahun ini. Tidak tampil dengan persembahan klise, Search akan menemui peminat lewat sebuah konsert berkonsepkan orkestra. Diberi nama Search Symphonic Live In Kuala Lumpur, konsert tersebut dijadual berlangsung pada 21 September 2024 di Mega Star Arena, Kuala Lumpur. Read more →

(HIBURAN) Din dan Kid tampil dengan Konsert Search “Gemuruh”

KUALA LUMPUR, 27 April 2024 – Gandingan pemain gitar adik-beradik, Noordin Mohd Taib (Din) dan Hamzah Mohd Taib (Kid), sememangnya sinonim dengan kumpulan rock legenda, Search. Persembahan mereka ternyata memberi warna dan aura tersendiri dalam setiap persembahan Search sejak dahulu sehingga kini.  Read more →

(HIBURAN) 35 PENGHIBUR GEGAR KONSERT HAUSBOOM MUSIC 2023 DI LITAR ANTARABANGSA SEPANG

 

Untuk mengekalkan dan konsisten dengan sesuatu yang telah dicipta adalah tidak mudah. Namun bagi jenama terkenal HAUSBOOM, percubaan untuk menghidupkan sebuah pesta yang diberi nama Hausboom Music sejak 6 tahun lalu ternyata berjaya. Read more →

(HIBURAN) Konsert Unplugged Search 40 Years

Kejayaan persembahan Rockology Malaysian Tour 2021 Search X Akim di Melaka pada 10 April lalu memberi ruang dan peluang buat band legenda itu kembali ‘bernyawa’. Read more →

(HIBURAN) SEARCH kembali dengan KATHARSIS

Kredit Foto : Pa Pa Din

Inilah masanya yang dinanti nantikan peminat setia Search. Band rock nombor satu tanah airini yang  akhirnya kembali dengan album studio ke-12 berjudul KATHARSIS. Selepas album terakhir Gothik Malam Edan pada 2006, kehadiran KATHARSIS yang  diterbitkan penerbit yang sinonim dengan Search, Datuk M Nasir pasti akan meletakkan Search di persada rock tanah air. Read more →