Tag: SEARCH SYMPHONIC LIVE IN KUALA LUMPUR

(HIBURAN) JALINAN SIMFONI, ORKESTRA MENERUSI SEARCH SYMPHONIC LIVE IN KUALA LUMPUR, 21 SEPTEMBER 2024

Setelah mencetak sejarah dengan kejayaan siri Konsert Fantasia Bulan Salju yang pertama kali dianjurkan di Arena of Stars, Resorts World Genting pada Ogos 2023 dan Fantasia Bulan Salju Live In Singapore pada Januari lalu, kugiran rock legenda Search belum mahu berhenti mengekalkan keutuhan dan keunggulan mereka. Kepercayaan terus diberikan oleh pihak penganjur terhadap Search yang disifatkan masih relevan serta ‘mahal’ apabila kugiran yang dianggotai Datuk Amy, Man Kidal, Hillary Ang dan Nasir Daud ini bakal melaksanakan sebuah lagi konsert berskala besar pada tahun ini. Tidak tampil dengan persembahan klise, Search akan menemui peminat lewat sebuah konsert berkonsepkan orkestra. Diberi nama Search Symphonic Live In Kuala Lumpur, konsert tersebut dijadual berlangsung pada 21 September 2024 di Mega Star Arena, Kuala Lumpur. Read more →