Tag: SEMARAKKAN KOMITMEN UNTUK MEMPERKASAKAN BELIA TEMPATAN MENERUSI

(SUKAN) LAZADA SEMARAKKAN KOMITMEN UNTUK MEMPERKASAKAN BELIA TEMPATAN MENERUSI RAKAN MUDA BERSAMA KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN

Kuala Lumpur, 30 Jun 2023 – Lazada Malaysia telah dipilih menjadi salah satu rakan strategik program Rakan Muda – Nafas Baharu yang kini dibangkitkan semula di bawah naungan Kementerian Belia dan Sukan. Program tersebut telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim; Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh; dan Mantan Menteri Belia dan Sukan, YBhg. Tan Sri Dato’ Abdul Ghani Othman, yang terdahulu memperkenalkan program Rakan Muda pada tahun 1994. Menggandakan inspirasi program Rakan Muda, jaguh badminton dunia, Datuk Lee Chong Wei, dan pelumba basikal trek Keririn nombor 1 dunia, Dato’ Azizulhasni Awang turut hadir di majlis pelancaran yang telah berlangsung di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi pada 25 Jun 2023, bersama-sama lebih 3,000 belia dan sukarelawan. Read more →