Bintang pop tersohor Indonesia, Raisa, bakal kembali untuk mengubati kerinduan peminat di Malaysia menerusi konsert jelajah terbaharunya, Raisa Ambivert Tour. Persembahan yang amat dinantikan ini dijadualkan berlangsung pada 13 Februari 2026, bertempat di lokasi konsert ikonik, Zepp Kuala Lumpur, bermula jam 8.30 malam. Dianjurkan bersama oleh Sembang Kari Entertainment dan MHT Live My, dengan Juni Concert sebagai rakan penganjur, konsert ini bakal menyaksikan Raisa membawakan naratif seni yang lebih peribadi menerusi tema “Ambivert”. Tema ini mencerminkan sisi personaliti beliau yang unik, menggabungkan elemen dinamik dan emosi dalam satu persembahan yang penuh bertenaga. Read more →
Tag: Sembang Kari Entertainment
(HIBURAN) SIAP SEDIA UNTUK ‘HEALING’: RAISA AJAK PEMINAT TEROKA DUA SISI EMOSI DI ZEPP KL FEBRUARI INI!
(HIBURAN) ARI LESMANA BAWA PESONA “MANGU DI BAWAH BAYU” KE KOTA KINABALU, 6 FEBRUARI 2026
Buat julung kalinya, penyanyi ikonik dan vokalis kumpulan Fourtwnty, Ari Lesmana, bakal menggegarkan Sabah menerusi konsert solo istimewanya bertajuk “Mangu Di Bawah Bayu”, yang dijadualkan berlangsung pada 6 Februari 2026 di Sabah International Convention Centre (SICC). Read more →
