Menghampiri bulan Ramadan yang mulia ini, ramai yang tertunggu-tunggu senarai drama-drama menarik untuk ditonton bersama seisi keluarga. Slot Samarinda terbaharu berjudul Bila Hati Memilih Dia, menjanjikan sebuah drama menarik yang memartabatkan kaum wanita dan tentunya menyentuh emosi di samping memberi pengajaran serta tauladan buat semua. Read more →
Tag: Slot
(HIBURAN) SLOT SAMARINDA TERBAHARU ‘BILA HATI MEMILIH DIA’ DI TV3
(HIBURAN) 3 perkara yang membuat hati kita bercampur baur menonton drama Bunga Hati slot Megadrama
Bunga Hati ialah sebuah siri drama televisyen melayu tahun 2022 arahan Jamal Khan. Dibintangi oleh Intan Najuwa, Redza Rosli dan Erwin Dawson. Siri drama ini memulakan tayangan perdana di Slot MegaDrama, Astro Ria bermula 10 Januari 2022 menggantikan Jangan Ganggu Jodohku. Drama Bunga Hati arahan Jamal Khan terbitan Zeel Production Sdn Bhd turut menampilkan beberapa pelakon lain antaranya Fify Azmi, Fauziah Ahmad Daud, Lydiawati dan ramai lagi. Read more →
(HIBURAN) “JANJI JASLINA” ISI SLOT AZALEA
Dugaan datang bersama hikmah. Hidup ibarat roda, tak selamanya berada di bawah dan tak selamanya berada di atas. Begitulah dengan hidup Jaslina yang diuji dengan pelbagai dugaan sehingga kehilangan tempat untuk mengadu nasib. Apakah nasibnya akan berubah dan Jaslina dapat menemui kebahagiaan selepas apa yang telah berlaku dalam hidupnya? Read more →
(HIBURAN) Drama romantik komedi ‘DIANDRA’ di Slot Lestary
Mereka berdua mempunyai perwatakan yang bertentangan, sering bercakaran seperti kucing dan anjing setiap kali bertemu. Berlatar-belakangkan keluarga dan gaya hidup yang berbeza juga mengundang bermacam-macam perselisihan apabila Diandra dan Adam terpaksa mengharungi rutin harian bersama. Apabila cinta hadir tanpa dijangka, apakah keegoan seorang lelaki akan tunduk kepada kuasa cinta? Menyusuli Kisah Cinta, saksikan drama romantik komedi, ‘DIANDRA’ yang menggandingkan Aiman Hakim Ridza dan Nur Fathia menerusi slot Lestary, bermula 20 Ogos 2013, setiap hari Selasa jam 9.00 malam. Drama bersiri 13 episod terbitan Asia Media Content (AMC) ini diarahkan oleh Eoon Suhaimi, mendapat sentuhan kreatif daripada penulis skrip, Shuhadatul Ain Zakaria juga menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti Dato’ Jalaluddin Hassan, Nur Risteena, Shawal Ruslan, Qazem Nor, Nizam Zaidie, Amran Ismail, Yaya Maembong dan ramai lagi. Read more →