Tag: SONY MUSIC ENTERTAINMENT MALAYSIA

(HIBURAN) IRFAN HARIS SINGKAP EMOSI DALAM SINGLE TERBAHARU “TOLONG”

KUALA LUMPUR, 9 JANUARI 2026 — Sebagai pembuka tahun 2026, penyanyi muda berpengalaman, Irfan Haris memilih untuk memulakan langkahnya dengan sebuah doa yang dilagukan. “Tolong” bukan sekadar sebuah single, tetapi luahan rasa tentang cinta, ketakutan dan kebergantungan yang sering terpendam. Selepas kejayaan “Rasa & Takdir”, duet istimewa bersama kakak kesayangan, Amira Othman yang meraih hampir 4 juta tontonan di YouTube, karya terbitan Sony Music Entertainment Malaysia ini menzahirkan kematangan seorang penyanyi yang semakin yakin mendakap kejujuran emosinya. “Tolong” bukan lagu yang dibina untuk mengejar sensasi, sebaliknya memilih untuk berdiri dalam ruang yang lebih tenang dan jujur, sebuah ruang dimana emosi dibenarkan bernafas, dan perasaan tidak perlu disembunyikan. Read more →

(HIBURAN) Siri Jelajah Promosi Malaysia – JUDIKA

IMG_0712

KUALA LUMPUR : 27 April 2013 – Jika penonton yang mengikuti drama bersiri “ Cinta Jangan Pergi “ lakonan Tiq Zaqiyah dan Remy Ishak, pastinya lagu runut bunyi (OST) untuk drama ini iaitu “Setengah Mati Merindu” menjadi siulan di akhiran setiap episod malahan lagu “ Bukan Dia Tapi Aku “  juga pasti pernah didengari corong radio. Lagu “ Aku Yang Tersakiti ” pula telah dimuaturun sebanyak 250 ribu unit dan melayakkan penyanyi lagu ini menerima anugerah platinum berkembar. Read more →