Tag: STAR KRUISE SHOWCASE

(HIBURAN) PELAYARAN EPIK STAR VOYAGER CRUISE (SVO) BERSAMA LEGENDARIS KRU

KUALA LUMPUR, — Sejak kemunculannya dalam industri hiburan tanah air pada tahun 1992, KRU kekal sebagai jenama unggul yang sinonim dengan inovasi dan kecemerlangan. Karya mereka bukan sekadar hiburan, malah menjadi pencetus revolusi yang membentuk landskap industri muzik Malaysia hingga ke hari ini. Sebagai trio legenda yang terus diingati dan disayangi peminat, aura Dato’ Norman Abdul Halim, Datuk Yusry Abdul Halim, dan Edry Abdul Halim kekal menyala, membuktikan bahawa kehebatan mereka tidak pernah pudar meskipun dekad berganti. Selepas kejayaan luar biasa siri Konsert GenKRU di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Mei 2025 — yang mencatat dua rekod dalam Malaysia Book of Records — dan menjelang GenKRU The Finale: One More Time di Stadium Hoki Bukit Jalil pada 22 November 2025, KRU kini bakal melakar satu lagi sejarah baharu dalam arena hiburan tanah air. Read more →