Kuala Lumpur, 5 Mac 2025 – Sempena Syawal yang meraikan erti kebersamaan, Astro, peneraju industri hiburan di Malaysia, tampil dengan pelbagai sajian Raya yang segar dan menyeluruh merentasi televisyen, radio serta platform digital. Berlandaskan tema ‘Bila Bersama, Lagi Jadi’, rangkaian kandungan istimewa tahun ini direka untuk menghidupkan detik berkumpul, menghadirkan cerita, muzik dan hiburan yang menyatukan emosi penonton, bila-bila masa, di mana sahaja, sepanjang musim perayaan. Read more →

