Tag: Tan Sri Dato’ Sri Dr. Tay Ah Lek

(SEMASA) Penyatuan Strategik: Public Bank Akan Ambil Alih Kepentingan Mengawal dalam LPI dan Keluarga Teh Memperhalusi Kedudukan Ekuiti Mereka dalam Public Bank Berhad

KUALA LUMPUR, MALAYSIA, 10 OKTOBER 2024 – Public Bank Berhad (“Public Bank”) menandatangani perjanjian jual beli bersyarat (“Perjanjian Jual Beli”) dengan Estet Mendiang Tan Sri Dato’ Sri Dr. Teh Hong Piow (“Estet”) dan Consolidated Teh Holdings Sdn Bhd (“ConTeh”) pada 10 Oktober 2024 untuk mengambil alih saham-saham biasa secara agregat sebanyak 175,896,000 dalam LPI Capital Bhd (“LPI”), mewakili kira-kira 44.15% kepentingan ekuiti dalam LPI, untuk jumlah pertimbangan tunai sebanyak RM1.72 bilion (“Cadangan Pengambilalihan”). Read more →