Tag: Tasha Shilla

(HIBURAN) SEIKHLAS HATI – MERIAHKAN AIDILFITRI DENGAN SUSUNAN PROGRAM MENARIK & PENAMPILAN BARISAN SELEBRITI POPULAR DI TV3 & TV9

Petaling Jaya, 22 April 2022 – Di kala negara kita sedang beralih ke fasa endemik, umat Islam menyambut ketibaan bulan Ramadan serta menjalani ibadah berpuasa dalam keadaan lebih selamat dan selesa. Tidak lama lagi, bulan Syawal bakal tiba dan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang meriah pasti didambakan oleh rakyat Malaysia setelah dua tahun kita terpaksa berjauhan dengan ahli keluarga dan sanak saudara susulan ancaman pandemik Covid -19. Read more →

(HIBURAN) GOYANG SHAFIQ..JOM PI CUTI’

Goyang Shafiq..Jom Pi Cuti (3)

Setelah berusaha membuat kuih goyang berbalang-balang, akhirnya Shafiq berjaya menjual semua kuih itu di pasar ramadan. Walaupun perniagaan yang diusahakan oleh Shafiq berjaya, namun Shafiq kecewa kerana bekas kekasihnya sudah pun berkahwin dengan lelaki lain. Kemudian Shafiq membawa diri ke Kuala Lumpur untuk mengubah nasibnya. Menyusul selepas drama siri ‘Kampung Simpang Burung’ di slot Senda Pagi, sebuah lagi drama siri 13 episod berjudul ‘Goyang Shafiq..Jom Pi Cuti’ mula disiarkan pada 10 Jun 2013, setiap Isnin jam 10.00 pagi. Read more →