Subang, 10 September 2025 – Get Boosted, Malaysia! — MILO®, dengan kerjasama Vertex Esports, telah melancarkan pengalaman pickleball pertama di negara ini yang diinspirasikan oleh esports, menandakan satu pencapaian penting dalam misinya untuk menyemarakkan dan memperkasa belia melalui sukan. Berteraskan kepercayaan bahawa sukan adalah guru yang hebat, inisiatif ini mengukuhkan komitmen jangka panjang MILO® untuk pembangunan belia melalui pembentukan daya tahan, kerjasama berpasukan, serta keberanian mencuba perkara baharu. Read more →
