Kuala Lumpur, 3 Mac 2026 – Sempena bulan ramadan yang mulia ini, VitaHealth terus memperkukuhkan kedudukannya sebagai peneraju suplemen kesihatan yang diperakui Halal menerusi pelancaran kempen “Pilih Halal, Pilih VitaHealth” dengan kerjasama Watsons. Majlis yang berlangsung di Dancing Fish, Bangsar Shopping Centre, dilancarkan secara rasmi oleh Dr. KS Beh, Ketua Pegawai Eksekutif VitaHealth (Malaysia & Singapura), bersama Foo Hwei Jiek, Pengarah Perdagangan Watsons Malaysia, dan disaksikan oleh Fahrin Ahmad, hos televisyen dan pelakon terkenal Malaysia, serta Muallim Muda Shamsul Aiman. Majlis ini menegaskan komitmen berterusan VitaHealth dalam memastikan suplemen Halal yang berkualiti dan terjamin kepada pengguna Malaysia. Read more →
