KUALA LUMPUR, 01 Julai 2025 – Malaysia bakal menjadi tuan rumah kepada WPC Asia Pickleball Grand Slam 2025, kejohanan pickleball terbesar dan paling berprestij pernah dianjurkan di Asia. Acara ini akan berlangsung dari 16 hingga 20 Julai 2025 di The Pickle Grounds, sebuah venue istimewa di atas bumbung One World Hotel, Petaling Jaya. Kejohanan ini dijangka menarik lebih 1,500 pemain dari lebih 16 negara serta lebih 3,000 penonton, sekaligus meletakkan Malaysia sebagai kuasa baharu dalam arena pickleball dunia. Read more →
