Kuala Lumpur, 13 November 2025 – vivo Malaysia hari ini melancarkan telefon pintar flagship terbaharu dalam siri X, iaitu vivo X300 dan vivo X300 Pro, menandakan era baharu dalam perjalanan inovasi vivo sempena ulang tahun ke-30. Siri X300 menggariskan komitmen vivo terhadap inovasi berfokuskan pengguna dan kecanggihan teknologi, dengan 200 MP ZEISS Ultra-Clear Imaging yang menetapkan standard baharu dalam fotografi telefon pintar. Selain pengimejan, siri ini turut menawarkan peningkatan menyeluruh dari segi prestasi, reka bentuk dan sistem operasi, memberikan pengalaman penggunaan yang lebih lancar, kemas, dan bertaraf premium, sekali gus menaikkan standard telefon pintar flagship di Malaysia. Read more →
