KUALA LUMPUR, 22 Ogos 2024 – vivo Malaysia hari ini memperkenalkan V40 dan V40 Pro, telefon pintar terkini yang direka untuk meningkatkan pengalaman fotografi potret mobil. Menampilkan sistem potret gred profesional yang dihasilkan bersama ZEISS, termasuk keupayaan lensa multifokal, siri V40 membolehkan pengguna menangkap potret yang mampu menceritakan kisah mereka dalam kualiti yang menakjubkan. V40 dan V40 Pro juga dilengkapi dengan bateri yang mantap, semuanya ditempatkan dalam reka bentuk yang nipis dan ringan – menjadikannya peranti paling nipis vivo dengan bateri 5500 mAh setakat ini. Siri V40 dilancarkan bersama selebriti tempatan Daiyan Trisha dan Hael Husaini sebagai duta produk.
Tag: ZEISS
(SEMASA) VIVO MALAYSIA MEMPERKENALKAN SIRI VIVO V30 MENGGABUNGKAN TEKNOLOGI ZEISS DAN AURA LIGHT 3.0
Kuala Lumpur, 13 Mac 2024 – vivo Malaysia dengan bangganya melancarkan penambahan baru dalam siri V mereka iaitu vivo V30 dan vivo V30 Pro hari ini. Keluaran pada siri vivo V30 kali in memaparkan reka bentuk telefon pintar ternipis daripada vivo, siri vivo V30 ini dilengkapi dengan bateri 5000 mAh (TYP) yang tahan lasak selama empat tahun, disertakan dengan ciri Aura Light Portrait 3.0 bagi kualiti gambar yang lebih baik dan pilihan warna yang menarik. Bagi vivo V30 Pro, ia mempunyai satu kelebihan pada kameranya iaitu, kamera potret profesional dari ZEISS yang direka khas untuk memberikan pengguna pengalaman fotografi potret seperti di dalam studio. Inovasi dari vivo kali ini memastikan prestasi yang berkualiti dan hayat bateri yang berpanjangan. Read more →