Kuala Lumpur, 22 April 2021 – Ketika dunia memperingati Hari Bumi di tengah penularan wabak pandemik, isu pemanasan global kekal menjadi cabaran utama. Manusia ketika ini berdepan situasi di mana terlalu banyak haba terperangkap di atmosfera dan suhu bumi meningkat lebih cepat daripada waktu sebelum ini dalam sejarahnya.
*Pemeluwap penghawa dingin (unit luaran)evoairTMdirekayasa semula untuk berfungsi sebagai unit penyejuk tambahan bagi menangani masalah pemanasan global yang dihadapi oleh industri pemanasan, pengudaraan dan penyaman udara (HVAC).
Untuk mengatasi haba panas ini, semakin ramai menggunakan penghawa dingin untuk mencari keselesaan. Sistem penyaman udara menjadi keperluan dan bukan lagi kemewahan kerana bumi kita kini menjadi lebih panas setiap tahun. Apabila suhu meningkat, kebergantungan kita ke atas penghawa dingin turut meningkat.
Bagaimanapun, kelemahan penggunaan penghawa dingin konvensional apabila alat itu melepaskan udara panas tidak tertahan ke atmosfera sekitar 55 Celcius yang dikenali sebagai sisa haba. Dianggarkan sebanyak 1.9 bilion penghawa dingin digunakan di seluruh dunia pada tahun 2020 berbanding 1.6 bilion pada 2016. Jumlah itu dijangka meningkat tiga kali ganda pada tahun 2050 iaitu sebanyak 5.6 bilion menurut Agensi Tenaga Antarabangsa (International Energy Agency).
Dengan kata lain, sebanyak 10 penghawa dingin baharu akan dijual setiap saat untuk 30 tahun akan datang. Bayangkan jumlah sisa haba yang akan dibebaskan ke atmosfera hanya dengan menggunakan penghawa dingin konvensional itu.
Selepas melancarkan penghawa dingin mudah alih pertama yang mesra alam, e-Cond EvoTM pada tahun 2017, WKL Group kini berbangga memperkenalkan evoairTM iaitu penghawa dingin mesra alam pertama di dunia yang menjadikan sisa buangan yang dikeluarkan oleh pemeluwap penghawa dingin konvensional (unit luaran) menjadi sejuk dan udara dilembapkan. Dengan itu, ia mengubah pemeluwap penghawa dingin itu menjadi unit penyejuk tambahan yang berfungsi seperti penyejuk udara. Pengguna kini boleh memilih untuk meletakkan pemeluwap penghawa dingin mereka di taman, balkoni atau dapur yang berfungsi sebagai unit penyejuk tambahan. Justeru, evoairTM direka untuk mentakrifkan semula sistem penyaman udara.
“Perubahan iklim adalah masalah serius dan kami di WKL Group akan memainkan peranan penting dan memberi sumbangan positif untuk memulih bumi kita, ” kata Dr Low Wai Koon, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif WKL Group.
Sejak 12 tahun lalu, beliau menjalankan penyelidikan dan pembangunan inovasi berterusan ke atas sistem penyaman udara mesra alam di mana penemuannya menyumbang ke arah gaya hidup yang lebih hijau sambil memberi sumbangan positif terhadap pemuliharaan planet bumi ini.
Mengenai inspirasinya untuk teknologi resolusi terbaharu itu, Dr Low berkongsi: “Selain fokus meningkatkan kecekapan tenaga dan mengurangkan kebergantungan pada hidrofluorokarbon (HFC) sebagai penyejuk, inisiatif iklim global turut dipromosikan yang mempunyai kesan positif luar biasa dalam menangani masalah pemanasan global dan perubahan iklim.
“Kita juga perlu menangani masalah pemanasan global lain yang membimbangkan hasil daripada pelepasan haba sisa dari pemeluwap penyaman udara konvensional kepada alam sekitar.” evoairTM adalah teknologi hak milik paten yang belum selesai dengan Sistem Kawalan Pertukaran Panas (HECS) telah mengubah fungsi pemeluwap penghawa dingin.
Menerusi konvensional, pemeluwap penghawa dingin mengambil haba yang dikeluarkan dari dalam dan mengeluarkan haba yang terbuang pada suhu ± 55 Celcis dan kelembapan ± 20% ke persekitaran yang memberi kesan bahaya kepada manusia dan benda hidup serta menimbulkan masalah berkaitan pemanasan global.
Unit pemeluwap evoairTM direkayasa semula untuk melepaskan udara yang lebih sejuk dan lembap pada suhu ± 25 Celcius dan kelembapan ± 58% ke atas persekitaran luar yang sesuai dan optimum untuk dinikmati manusia dan makhluk hidup sambil memberi sumbangan positif ke arah kelestarian persekitaran.
Pengarah Eksekutif dan Pengasas Bersama Kumpulan WKL, Kevin Chan berkata: “Keputusan untuk melancarkan evoairTM pada Hari Bumi telah mengukuhkan komitmen, semangat dan peringatan kami sebagai pihak berkepentingan Ibu Bumi untuk menjalankan tugas tanpa mengira saiz sumbangan yang akan memberi perbezaan besar kepada persekitaran secara keseluruhanya.
Di WKL Group, kami berminat dengan semangat untuk mencipta dan mempromosikan produk mesra alam yang bertanggungjawab memberi kesan positif kepada gaya hidup dan persekitaran.
Inovasi teknologi hijau kami menyumbang ke arah gaya hidup yang lestari sambil menangani masalah pemanasan global yang dihadapi oleh industri HVAC.”
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai inovasi ini, hubungi EvoAir Manufacturing (M) Sdn Bhd di talian +6011 3311 8918 atau lawati www.evoair.com.my