‘Kecil-kecil cili padi’, itu lah ungkapan yang sesuai untuk ditujukan kepada Cheryl Koh Shao May atau lebih dikenali dengan “Cheryl K”. Beliau telah terlibat dalam bidang nyanyian, tarian, dan seni persembahan sejak berumur lapan tahun lagi. Bakat beliau terserlah ketika beliau meraih gelaran naib juara di pertandingan “Annie” Talent Competition pada tahun 2004. Dari situ, beliau telah mula membuat persembahan di khalayak ramai tidak kurang dari 300 persembahan termasuk majlis-majlis rasmi Perdana Menteri Malaysia, Menteri-menteri dan juga majlis-majlis yang dihadiri Kerabat di Raja.
Kini, Cheryl K tampil dengan single pertama beliau yang bertajuk THE MOMENT. Pada tahun 2012, Cheryl K telah dinobatkan sebagai Twisties SuperStar untuk pertandingan Twisties Superstarz Search 2011/12. Dari situ, JD Pop Shuvit yang merupakan salah seorang juri di pertandingan tersebut telah nampak bakat nyanyian Cheryl dan memilih Cheryl untuk menyanyikan lagu hasil ciptaan JD dan Prema Yin iaitu THE MOMENT. “Saya masih terkenangkan pengalaman saya di Twisties Superstarz, dari saat uji bakat hinggalah ke saat saya melakukan persembahan peringkat akhir di hadapan ratusan orang. Memenangi Twisties Superstarz menandakan bermulanya kerjaya saya dalam bidang seni dan pada hari ini saya berada di showcase saya sendiri. Saya teruja untuk melihat ke mana langkah saya seterusnya. Kepada semua peserta Superstarz X tahun ini, saya ucapkan selamat berjaya dan saya harap mereka akan seronok dengan pengalaman ini.” kata Cheryl mengimbas pengalamannya yang lalu. Kebetulan, Prema Yin, penulis lagu THE MOMENT merupakan salah seorang mentor dalam Superstarz X 2013.
Lagu THE MOMENT ini juga merupakan sebuah lagu yang memberi inspirasi kepada seseorang untuk mencapai impian yang dihajati oleh mereka. Setiap lirik yang dinyanyikan seolah-olah memberi semangat baru kepada sesiapa sahaja yang mendengar untuk mengejar cita-cita mereka.
Cheryl K juga dijemput untuk muncul di dalam program MTV (Scene Special) pada April 2012 setelah dinobatkan sebagai Twisties SuperStar di pertandingan Twisties Superstarz Search 2011/12. Program selama 30 minit itu mencatatkan satu sesi temubual peribadi dan perjalanan beliau sepanjang pertandingan Twisties SuperStarz Search. Kata Pengurus Jenama Kanan Twisties Kieren Lim, “Cheryl mempunyai bakat yang besar dan beliau sangat berkebolehan. Kami di Twisties sangat gembira dengan perkembangan terbaru ini dan berharap Cheryl akan pergi lebih jauh lagi. Kejayaan Cheryl memberikan gambaran kepada peserta Twisties Superstarz X tahun ini bahawa impian boleh jadi kenyataan.”
Cheryl K mempunyai suara yang merdu dan sedap didengar, dan siapa sangka Cheryl K telah pergi ke Hollywood untuk mewakili Malaysia di dalam pertandingan World Championship of Performing Arts bersama Iz Sulaini dari One In A Million 2 pada tahun 2010. Para juri amat terpesona dengan kehebatan vokal beliau yang menyampaikan lagu daripada Beyonce pada ketika itu. Beliau juga telah membawa pulang empat pingat emas termasuk Hollywood Industry Award dan dua pingat Champion of the World Senior Division Awards.
Profile Cheryl K
Nama Penuh: Cheryl Koh Shao May
Tarikh Lahir: 24 November 1995
Fanpage: Facebook – http://www.facebook.com/CherylK.fanpage
Twitter – @cherylkmusic
Youtube – cherylkmusic
Sebelum dan selepas memenangi pertandingan “Twisties Superstarz Search 2011/12”, Cheryl K telah menyertai beberapa pertandingan dan persembahan-persembahan seperti berikut:
Tarikh Peringkat Antarabangsa
17-25 Julai 2010 Mewakili Malaysia untuk pertandingan ‘World Championship of Performing Arts (WCOPA) 2010’ di Hollywood, USA. Cheryl memenangi 4 pingat emas, termasuk ‘Hollywood Industry Award’, 2 Champion of the World Senior Division Awards, 2 pingat perak dan 2 pingat gangsa.
19-21 Dec 2009 Tampil sebagai penyanyi dan penari, dan merupakan salah seorang daripada 4 Bakat Asing dari Malaysia, yang diuji bakat dan dipilih oleh En. Iskandar Ismail (Pemenang pingat “Singapore’s Cultural Medallion 2008”) untuk membuat persembahan di “ChildAid 2009 Annual Charity Concert” di Resorts World Sentosa, Singapura. Cheryl mewakili Malaysia menyanyikan bahagian solo, menari dan membuat persembahan bersama-sama dengan 270 bakat yang dipilih dari serantau Singapura, Malaysia & Indonesia di “RWS’s 1650-seat Festive Grand Theatre”, yang berjaya mengumpul Sing$1.015 Juta untuk dana ‘Singapore Straits Times Pocket Money’ dan ‘Business Times Budding Artists’ Fund’.
18, 19, 25, 26th Tampil sebagai penyanyi dan penari untuk ‘Disney Commercial (Wand ID)’
Julai 2009 di Astro TV Siaran 615, dan merupakan orang Asia pertama yang muncul di ‘Disney Commercial (Wand ID)’ untuk iklan rancangan Hannah Montana Astro TV Weekend di Asia Tenggara.
Nov 2007 Mengambil bahagian sebagai ‘Dancing Fairy’ untuk seni persembahan muzikal “Peter Pan International Hit Musical” di bawah ABA Productions, Hong Kong, yang berlangsung di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Muzikal yang menyampaikan persembahan sebanyak 18 kali ini telah melibatkan pelakon antarabangsa dan krew profesional dari Amerika Syarikat, United Kingdom, Hong Kong, Filipina, Malaysia, dan lain-lain.
Tarikh Peringkat Kebangsaan/Negeri
16 Feb 2013 Dijemput sebagai penyanyi undangan diiringi 180 penari di ‘Malaysia’s Chinese New Year 2013 National Open House’ yang diadakan di Puchong Utama. Dianjurkan oleh Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan dan dihadiri oleh Perdana Menteri YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Dato’ Seri Utama Dr.Rais Yatim dan juga tetamu kehormat yang lain.
31 Dis 2012 Dijemput sebagai penyanyi undangan diiringi 220 penari di ‘Malaysia’s National Christmas Open House 2012 & New Year’s Eve Celebration 2013’ yang diadakan di Dataran Merdeka. Dianjurkan oleh Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan dan dihadiri oleh Naib Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Dato’ Seri Utama Dr.Rais Yatim dan juga tetamu kehormat yang lain.
1 & 2 Dis 2012 Dijemput sebagai penyanyi solo di “Showcase Malaysia 2012” yang telah diadakan di Times Square, Resorts World Genting Highlands yang di rasmikan oleh Menteri dari Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.
15 Julai 2012 Dijemput sebagai penyanyi undangan untuk “MTV WorldStage Live in Malaysia 2012 RoadShow” di Sunway Pyramid, diiringi oleh penari-penari “Kumpulan Sayang Dancers”.
9 Jun 2012 Dijemput sebagai penyanyi undangan untuk persembahan pembukaan ‘Anime Festival Asia (AFAMY)’ yang di adakan di Putra World Trade Centre, Kuala Lumpur. Dihadiri lebih dari 10,000 peminat dan juga artis antarabangsa termasuk artis dari Jepun seperti Kalafina, Kotoko, Maon Kurosaki, Flow, Aimi, SeaStar-A, dan Cosplay’s Kaname.
7 Jan 2012 Merupakan ‘Twisties Superstar’ untuk “Twisties Superstarz Search 2011/12”, di anjurkan dengan kerjasama Hitz fm dan MTV Asia. Cheryl telah muncul sebanyak tiga kali di ‘MTV (Scene Special Programme)’ pada April 2012, setiap siaran selama 30 minit yang mencatatkan satu sesi temubual peribadi dan perjalanan beliau sepanjang pertandingan Twisties SuperStarz Search.
23rd Julai 2011 Mengambil bahagian sebagai vokalis solo dan juga penari untuk seni persembahan amal “Sparks of Broadway the Musical – Penang” yang diterbit dan diarahkan oleh Farah Dato’ Seri Sulaiman yang di pentaskan di Dewan Budaya, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, Malaysia.
2 Mei 2011 Muncul di iklan TV untuk promosi awal kompleks i-City Shah Alam, bersempena ‘MTV Worldstage’ pada 24th Julai 2011. Disiarkan bermula Mei 2011 di MTV, 8TV, Astro’s AXN, Starworld, dan Nickelodeon.
12 Feb 2011 Merupakan penyanyi undangan di ‘1Malaysia Chinese New Year Celebration Concert’ di Dataran Raub, Pahang yang dihadiri oleh Duli Yang Teramat Mulia Sultan Pahang, Menteri-Menteri, Para Kenamaan dan para pengunjung yang melebihi 50,000 orang. Dato’ Siti Nurhaliza, Dato’ David Arumugam (Alleycats) dan Dato’ M.Nasir turut membuat persembahan untuk majlis ini.
21 Sept 2010 Dijemput sebagai penyanyi undangan di Majlis Makan Malam untuk Duli Yang Maha Mulia Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah yang dijemput oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak di kediaman rasminya di Sri Perdana, Putrajaya.
16 Mei 2009 Merupakan Juara pertandingan menyanyi Disney “Jadi Hannah Montana Rock Bersama Shila (Nurshahila OIAM)”, dianjurkan oleh Disney South East Asia (Singapura).
Ogos 2006 Juara Pertandingan Bintang Kecil Peringkat Negeri Selangor 2006 dan Naib Juara Bintang Kecil Peringkat Zon Tengah 2006, yang dianjurkan oleh RTM, Selangor fm100.9 dan radio fm negeri-negeri di Semenanjung , Sabah dan Sarawak.