Bersempena dengan menjelangnya bulan Ramadhan yang mulia dan pasca kejayaan lagu ‘Kalau Aku Kaya’ oleh Altimet dan Awi Rafael yang telah berjaya terjual sebanyak 1 juta unit muat turun ring back tone (RBT), Warner Music Malaysia dan Kartel Records buat julung kalinya telah bekerjasama dengan Kementerian Wilayah Persekututan, Malaysia Resources Corporation Bhd (MRCB) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk meraikan saudara-saudara kita yang kurang bernasib baik dari Pusat Transit Gelandangan, Kuala Lumpur. Read more →
Tag: warner music malaysia
(HIBURAN) ‘GIVING BACK TO THE COMMUNITY’ ALTIMET, AWl RAFAEL & FRIENDS
(HIBURAN) HARRIS BABA | KATAKAN
Harris Baba, merupakan seorang pendatang baru di dalam industri hiburan Malaysia telah memulakan penglibatannya dengan menceburi bidang lakonan dan juga modeling. Beliau mula menapak di dalam bidang lakonan dengan dua buah teledrama yang bertajuk ‘Alien Planet Cinta’ pada November 2015 di saluran Astro Ria dan juga ‘Cinta Viral’ lakonan bersama Elfira Loy yang telah keudara pada 14 Februari lalu di saluran RTM 1. Kini beliau telah melebarkan sayapnya dan mengembangkan bakatnya di dalam bidang nyanyian pula. Read more →
(HIBURAN) Warner Music Malaysia memperkenalkan album-album ‘Siri Mampu Miliki’
Warner Music Malaysia ingin memperkenalkan satu siri album bajet iaitu album-album ‘Siri Mampu Miliki’ keluaran Warner Music Malaysia sendiri. Album bajet ‘Siri Mampu Miliki’ ini merupakan album-album kompilasi segar di mana Warner Music mengeluarkan kembali album kompilasi dengan 14 buah lagu-lagu terbaik untuk setiap album. Bajet ‘Siri Mampu Miliki’ ini berlangsung sejak bulan Mei 2014 sehingga awal tahun 2015. Hampir 40 buah album akan dikeluarkan dalam jangka masa 10 bulan, di mana setiap bulan akan menerbitkan 4 buah album ‘Siri Mampu Miliki’ ini. Dengan harga serendah RM14.90, album kompilasi ini mampu dimiliki oleh sesiapa sahaja yang dambakan lagu-lagu evergreen dari artis kesayangan mereka. Read more →