Def Jam Singapura telah menemui permata baru dari ekosistem hip-hop tempatan yang bernama YHB Sleepsalot. Rapper berusia 19 tahun itu adalah artis termuda dari daftar semasa Def Jam Singapura setelah mendapat perhatian bintang hip-hop veteran seperti SonaOne dan ALYPH. Rapper serta penulis lagu ini dikenali dengan kemampuannya melahirkan muzik memukau dengan bunyi yang luar biasa, semuanya dizahirkan dalam single debut dengan Universal Music Singapore, “Don’t Miss Demo”.
Lagu ini terhasil apabila produser dan produser bersama, RIIDEM dan Flightsch, berasa kagum dengan bakat yang ada pada dirinya. Kedua-dua produser itu adalah tokoh hebat dalam arena hip-hop Singapura dengan beberapa lagu terbaik terhasil dari visi mereka. Semasa sesi pertama YHB Sleepsalot, dia berada di belakang mikrofon untuk apa yang seharusnya menjadi gaya bebas, tetapi kedua produser itu kagum dengan penyampaiannya yang berani justeru dia diminta untuk mengubahnya menjadi single. Itulah bagaimana “Don’t Miss Demo” dilahirkan dan mengapa ungkapan, “All of my shots don’t miss” (Semua peluang tidak akan saya lepaskan), mempunyai makna yang signifikan.
Rentaknya rancak dan berkembang dari awal hingga akhir, menggabungkan impian dengan lantunan getaran bunyi bass. YHB Sleepsalot melengkapkan rentak dengan kekuatan suaranya yang dinamik serta kekuatan liriknya.
“Don’t Miss Demo” ditulis sebagai catatan untuk dirinya sendiri, peringatan bahawa cita-cita dapat menjadi kenyataan jika memiliki semangat dan kesungguhan. Ketika ditanya apa makna lagu itu bagi dirinya, YHB Sleepsalot menjawab dengan penuh keyakinan: “Saya ingin membuktikan bahawa saya serba boleh. Bagaimana saya boleh menukar aliran dan bereksperimen dengan melodi. Saya selesa dengan rentak apa jua. Walaupun dengan rentak Trap, tidak menjadi masalah buat diri saya”.
Arena hip-hop Singapura mempunyai seorang ‘hitmaker’ yang baru. Seseorang yang komited untuk melakukan perkara-perkara hebat: “Saya ingin mencari suara saya sendiri dalam hip-hop, cipta sesuatu yang benar-benar baru. Saya mahu terus bereksperimen dan membawa hip-hop lebih jauh lagi”.