(SEMASA) KOPETRO Jalin Kerjasama Bersama Persatuan Seniman Malaysia Dalam Program Gotong-Royong Masjid

Spread the love

Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) hari ini telah menjayakan program tanggungjawab sosial korporat kepada masyarakat bertempat di Masjid Al-Hidayah, Sentul, Kuala Lumpur. Program ini dijalankan secara usahasama dengan Persatuan Seniman Malaysia bagi menyantuni Masjid Al-Hidayah dalam menyediakan ruang ibadat yang bersih dan selesa kepada para qariah masjid yang bakal menunaikan solat sunat terawih sempena bulan Ramadan yang bermula pada 13 April 2021 ini. 

Menawarkan khidmat pembersihan dan disinfeksi KVCLEAN, servis daripada KOPETRO ini dijamin berkesan dan mampu untuk menghapuskan 99% virus dengan menggunakan bahan bukan toksik yang selamat dan bebas alkohol. Sempena Ramadan dan Syawal yang bakal tiba, KVCLEAN menawarkan servis pembersihan rumah serendah RM90 untuk 3 jam manakala servis disinfeksi pula hanya RM258 untuk satu sesi.

“Selain menyantuni Masjid Al-Hidayah, KOPETRO juga prihatin dengan kebajikan ahli-ahli Persatuan Seniman Malaysia yang banyak terkesan dengan pandemik Covid-19. Oleh kerana itu, hari ini KOPETRO ingin berkongsi rezeki bersama ahli-ahli Seniman semoga Ramadan kali ini akan lebih ceria buat insan-insan seni yang banyak menyumbangkan bakat dan keringat mereka dalam menghiburkan hati masyarakat.”

Sumbangan daripada KOPETRO telah disampaikan oleh Datuk Haji Abdul Razak Hussain kepada En. Zed Zaidi, selaku Presiden Persatuan Seniman Malaysia dalam sebuah majlis ringkas mengikut tatacara norma baharu yang diadakan di Masjid Al-Hidayah hari ini. KOPETRO juga menyampaikan sumbangan berbentuk wang tunai dan juga makanan sejuk beku jenama LengQuas keluaran KOPETRO kepada 50 ahli Persatuan Seniman Malaysia.

Layari laman web www.kopetro.com.my atau ikuti akaun media sosial berikut untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh KOPETRO.

Facebook:

https://www.facebook.com/kopetroberhad/

https://www.facebook.com/lengquas.official

Instagram: kopetroberhad lengquas.official


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *