Kuala Lumpur, 18 Mei 2022 – OPPO Malaysia hari ini mengumumkan ketibaan telefon pintar andalan terkini mereka, Find X5 Pro 5G ke pasaran Malaysia. Tambahan terkini kepada Siri Find X yang berprestij lagi premium, memperlihatkan fokus dalam meningkatkan keupayaan kamera dalam pakej yang anggun dan bergaya lagi kukuh.
Penambahbaikan pada telefon tahun ini sebahagian besarnya hadir daripada kemunculan pertama Pengimejan NPU OPPO sendiri iaitu MariSilicon X yang mengaktifkan 4K Video Malam Ultra melalui sensor utama Sony IMX766 dan Penentukuran Warna Semulajadi Hasselblad. Ia juga dibantu oleh generasi terkini, pemproses Qualcomm® Snapdragon® 8 Gen 1 berbilang teras, memberikan 30% prestasi lebih tinggi dan 25% lebih kecekapan kuasa berbanding generasi sebelumnya, sebagai tambahan kepada keupayaan AI yang dipertingkatkan.
Peningkatan selanjutnya pada bahagian kamera termasuk penstabilan Imej Optik Lima Paksi Tahap SLR untuk memastikan kestabilan yang lebih tinggi semasa merakam video. Ini hanyalah beberapa fitur utama yang terdapat pada panel belakang seramik mikrokristalin Nanometer cantik yang terdapat pada kedua-dua Ceramic White dan Glaze Black, memberikan satu pengalaman premium dalam genggaman anda.
4K Video Malam Ultra dan Kemampuan Fotografi
Dengan teknologi telefon pintar yang bertambah baik dari tahun ke tahun dengan setiap lelaran baharu, sempadan baharu telah didorong untuk menyediakan pengguna dengan teknologi termaju. Satu bahagian khusus dalam teknologi telefon pintar yang telah menyaksikan peningkatan hebat dalam beberapa tahun kebelakangan ini adalah kamera. Bagi tujuan ini, OPPO telah melonjakkan sempadan fotografi telefon pintar ke tahap seterusnya dengan membangunkan NPU Pengimejannya sendiri, iaitu MariSilicon X, yang membolehkan pengguna merakam 4K Video Malam Ultra dan mengambil gambar berkualiti tinggi pada waktu malam dengan mudah.
Berdasarkan proses 6nm, MariSilicon X memberikan bukan hanya kuasa pengkomputeran AI yang paling berkuasa pada telefon pintar tetapi juga Algoritma Pengurangan Hingar (AINR) yang direka oleh Institut Penyelidikan OPPO, menghasilkan keseluruhan gambar yang lebih tepat dan berkualiti. Digabungkan dengan sensor andalan canggih Sony 50MP IMX766, berserta saiz sensor 1/1.56”, 2um saiz piksel besar selepas pengebinan, kamera belakang lebar dan ultra lebar mampu mengambil tangkapan malam yang menakjubkan.
Untuk kali ini, OPPO juga memperkenalkan sistem OIS Lima Paksi Tahap SLR pertama seumpamanya yang digandingkan dengan algoritma hak milik untuk membantu mempertingkatkan keupayaan pengambilan gambar dan video dengan melawan pergerakan tangan, mengurangkan hingar dan menajamkan pemandangan dengan setiap kali penggunaan. Tidak lupa juga kamera hadapannya yang turut penting, OPPO telah bekerjasama dengan Sony untuk menyesuaikan sensor IMX766 yang apabila digabungkan dengan kuasa pemprosesan MariSilicon X, menghasilkan swafoto yang menampilkan lebih banyak tekstur dan penghasilan warna yang lebih tepat walaupun dalam keadaan cahaya yang mencabar. Mod Pro dalam aplikasi kamera juga mengemukakan ciri Penentukuran Warna Semulajadi Hasselblad, dengan penapis gambar Master Style yang kreatif untuk memberikan beberapa gaya tambahan pada fotografi mudah alih.
Direka untuk Pengalaman Premium dalam Genggaman
Dengan ciri-ciri berkelas tinggi juga hadir hanya yang terbaik dalam rekabentuk telefon pintar menerusi Find X5 Pro 5G yang menjelmakan rasa premium dengan bahagian belakang seramik sebenar ultra keras yang tersedia dalam kedua-dua warna Ceramic White dan Glaze Black. Dua kali lebih kuat berbanding kaca konvensional, bahagian belakang seramiknya juga mempunyai pelesapan haba yang tinggi serta kalis percikan, air dan habuk dengan penarafan IP68.
Fotografi Mudah Alih Dilakukan Dengan Sempurna
Dedikasi OPPO kepada penambahbaikan terbaik fotografi mudah alih tidak terlepas daripada tumpuan, apabila salah seorang penyiar Malaysia yang paling berjaya iaitu Owen Yap, telah menjadi pengguna Siri Find X, sejak Find X3 Pro.
“Saya sangat teruja menyaksikan kemajuan yang telah dicapai oleh industri telefon pintar dalam beberapa tahun kebelakangan ini menerusi keupayaan kameranya. Ianya sangat menakjubkan untuk melihat peranti bimbit mampu memiliki kuasa pemproses dan keupayaan sedemikian. Di sini OPPO telah melakukan tugasan yang cemerlang dengan penghasilan gambar dan video yang lebih jelas, jernih dan warna yang lebih tepat hasil penggunaan MariSilicon X berbanding telefon pintar lain yang pernah saya gunakan. Saya percaya OPPO berada pada laluan yang betul dan akan terus berusaha untuk mempertingkatkan lagi pengalaman yang hebat ini,” kata Owen Yap, Penyampai Berita.
Pratempahan Berlangsung Sehingga 27 Mei Dengan Hadiah Percuma Sehingga Bernilai RM1,726 Disediakan!
OPPO Find X5 Pro 5G didatangkan dalam dua warna, Ceramic White dan Glaze Black pada Harga Runcit Yang Disyorkan (RRP) iaitu RM4,999.
Mulai sekarang sehingga 27 Mei, para peminat boleh membuat pratempahan OPPO Find X5 Pro 5G dan layak untuk menerima hadiah-hadiah percuma bernilai sehingga RM1,397 yang termasuk OPPO Enco X2 bernilai RM799, Perlindungan Skrin 1 Tahun bernilai RM399, Jaminan Lanjutan 1 Tahun bernilai RM199 dan nikmati pelbagai keistimewaan melalui Aplikasi MY OPPO selepas mendaftar.
Pengguna juga akan menerima hadiah tambahan, seperti sarung telefon Kevlar bernilai RM129, Pin Tambah Nilai T&G bernilai RM100 dan Baucar Hadiah bernilai RM100, menjadikan jumlah keseluruhan hadiah-hadiah percuma bernilai RM1,726 jika mereka membeli OPPO Find X5 Pro 5G melalui laman sesawang rasmi OPPO, Shopee dan Lazada.
Lawati segera kedai-kedai Jenama OPPO yang mengambil bahagian atau layari https://www.oppo.com/my/store/contents/event/promotion/oppo-find-x5-pro-launch-terms-and-conditions/ untuk maklumat lanjut.
Telefon Pintar Premium Nikmati Servis Premium
Sebagai tambahan kepada hadiah-hadiah percuma, OPPO Find X5 Pro 5G juga didatangkan dengan Servis Premium OPPO, di mana para pengguna dapat menikmati 7 faedah utama. Yang pertama, OPPO menawarkan Servis Kurier Hantar-masuk percuma di mana pengguna boleh menikmati servis pembaik pulihan melalui laman sesawang rasmi OPPO atau Aplikasi My OPPO.
Selain itu, OPPO turut menyediakan Talian Eksklusif 24 jam melalui servis talian penting 1-800-81-7666 di mana pengguna boleh menikmati servis keutamaan melalui Lorong Premium di My OPPO Space dengan jurutera eksklusif mereka iaitu Find Master. Bagi pelanggan Pratempahan, OPPO juga menyediakan Pelan Perlindungan Jaminan Penjagaan OPPO di mana pengguna layak untuk menerima Pelan Perlindungan Kerosakan Skrin Percuma dan Jaminan Lanjutan selama 1 tahun. Selain itu, pengguna tidak perlu bimbang untuk melancong dengan telefon OPPO kerana Jaminan Antarabangsa tersedia di seluruh dunia.
Pengguna Find X5 Pro 5G juga boleh menikmati Servis Pengambilan Baik Pulih di mana pengguna boleh menghubungi 019-9623 412 dan servis pengambilan dan penghantaran dari pintu ke pintu akan disediakan untuk anda. Faedah ini boleh digunakan sebanyak dua kali dalam tahun pertama untuk Find X5 Pro 5G; pengguna lain Siri Find juga boleh menikmati satu servis pengambilan penghantaran percuma dalam tempoh satu tahun; Juga, Servis Pengambilan Baik Pulih hanya tersedia di kawasan terpilih.
Untuk maklumat lanjut mengenai OPPO Find X5 Pro 5G, sila layari https://www.oppo.com/my/smartphones/series-find-x/find-x5-pro/.