(SEMASA) SAMSUNG GALAXY A73 5G – JOM KITA CUBA DAN APA YANG KAMI SUKA

Spread the love

Umum mengetahui, siri Samsung Galaxy A merupakan siri yang paling laris dalam pasaran dunia dengan barisan tiga model berbeza iaitu Galaxy A 73 5G, A53 5G dan A33 5G. Dikesempatan ini juga, Galaksi Media Online (GMO) mencuba salah satu model tersebut iaitu Galaxy A 73 5G dalam urusan seharian dan tugasan sebagai pengamal media. Jadi jom kita merasakan sedikit sebanyak keseronokan pengalaman di dalam penggunaan peranti tersebut.

Pihak kami menumpukan kepada penggunaan kamera untuk mendapatkan gambar atau video yang boleh digunakan di dalam laman sesawang  Galaksi Media Online (GMO).  Pada 14 Mei 2022 yang lalu, pihak kami telah dijemput untuk membuat liputan acara pencarian bakat dan pertunjukan fesyen serta bakat di TSR Conference Mall, Shah Alam, Selangor di bawah anjuran Harry International Talent (HIT). Memandangkan acara tersebut berlangsung dari petang hingga ke malam, ia merupakan medan terbaik untuk menguji peranti Galaxy A 73 5G dalam suasana acara yang kurang mendapat pendedahan dari konteks penataan cahaya memandangkan ia berlangsung di dalam dewan yang cukup besar.

Galaxy A73 mempunyai lima kamera secara keseluruhan iaitu empat di bahagian belakang dan kamera 32MP di bahagian hadapan. Sistem kamera belakang diketuai kamera utama 108MP, ultra-lebar 12MP, kamera kedalaman 5MP dan kamera makro 5MP. Kagum dengan keupayaan kamera 108MP yang mampu memotret gambar yang baik walaupun tanpa kekuatan penataan cahaya yang cukup di dalam dewan dan juga pada waktu siang juga ia boleh menangkap gambar dengan sangat terperinci walaupun ia diambil berlapikkan cermin tingkat bangunan.

Jika dibandingkan dengan peranti premier lain yang mahal dalam konteks kamera, bagi kami kualiti gambar tersebut adalah baik, tona warna juga cukup dan berbaloi untuk digunakan dan dimuat naik dalam penggunaan dalam artikel di dalam laman sesawang kami.

Antara hasil bidikan dengan peranti tersebut :

Kami juga mencuba merakam secara video beberapa persembahan pada malam tersebut untuk digunakan di dalam saluran YouTube untuk melihat sejauh mana kualiti dan hasil rakaman tersebut boleh digunakan untuk mana-mana tugasan secara rakaman video nanti. Berdasarkan hasil rakaman tersebut, kami sangat berpuas hati dengan kualiti, tona warna dan audionya.

Antara hasil rakaman yang telah dimuat naik :

Tidak ketinggalan juga dalam kehidupan seharian, kita banyak memenuhkan masa lapang kita dengan aktiviti yang menyeronokkan seperti bermain pemainan (gamming) atau menonton filem serta drama bersiri di peranti kita. Dengan Skrin Super AMOLED Infinity-O berukuran 6.7 inci, resolusi FullHD+, kadar segar semula 120Hz serta Cipset Snapdragon 778 5G, aktiviti ini amat menyeronokan, masakan tidak ketika aktiviti ini dijalankan secara terbuka, ia menarik minat orang sekelling lebih-lebih lagi dengan audio yang jelas dan kuat. (Jangan amalkan tabiat membuka volume suara terlalu kuat ini, kerana ia boleh mengganggu orang sekeliling kita).

Kami mencuba beberapa game untuk melakukan ujian kepada prestasi telefon ini antaranya Need For Speed dan Winning Eleven Soccer. Warna grafik yang cantik serta kelancaran permainan dibantu dengan kapasiti bateri yang besar sekurang-kurangnya mampu bertahan sekitar 45 minit atau lebih tanpa caj. Risau juga disebabkan takut peranti tersebut panas namun anda boleh sahaja mencari alternatif dengan meletakkan cooling fan menghala kepada peranti tersebut.

Menonton cerita kesukaan dengan mengambil sedikit masa ketika waktu rehat seperti biasa ujian dilakukan secara loud speaker untuk menilai kepaduan bunyi peranti tersebut. Sangat baik hasilnya ditambah pula dengan kecerahan skrin paparan.

Pada kesimpulannya, apa lagi yang kita mahu dengan peranti yang berharga sekitar RM2,000 ini ? Bagi kami ia berbaloi dengan setiap ringgit yang dibelanjakan walaupun penggunaan peranti ini kepada kami tidak lah segila-gila pengguna lain di luar sana. Namun begitu, hasil dan kualiti gambar mahupun video amat baik sesuai dengan status peranti di kelas pertengahan. Bentuk peranti yang cantik cuma barisan pilihan warna sahaja yang sedikit membataskan kerana secara jujur kami kurang gemar denga tona warna lembut. Hitam adalah warna pilihan kami untuk model ini. Tidak mengapa, janji cipset Snapdragon 778G 5G ini PADUUUUU. Untuk telefon kelas pertengahan, cipset ini merupakan antara pilihan terbaik ‘jantung’ peranti telefon yang anda boleh miliki. Sekian.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *