Semenyih, 14 Februari 2026 – SPANA hari ini melancarkan secara rasmi pusat servis motosikal berteraskan komuniti yang memperkenalkan pendekatan baharu dalam industri penyelenggaraan motosikal tempatan.
Malaysia merekodkan lebih 16 juta motosikal berdaftar, menjadikan kenderaan dua roda sebagai pengangkutan utama rakyat, khususnya golongan B40 dan pekerja ekonomi gig. Keperluan terhadap servis yang telus, berkualiti dan mampu milik kini menjadi satu keutamaan yang semakin mendesak.
Menjawab keperluan tersebut, SPANA tampil dengan konsep “Rider Jaga Rider” satu model perniagaan yang menggabungkan fasiliti premium, mekanik berpengalaman dan harga yang kompetitif.
“SPANA bukan sekadar bengkel. Ia adalah gerakan komuniti. Apabila seseorang rider tersadai di tepi jalan pada jam 3 pagi, ketika itulah kita faham nilai sokongan sebenar. Kami mahu setiap rider tahu mereka tidak bersendirian,” kata Pengerusi SPANA, Datuk Rosyam Nor.
“Kami membawa standard servis bertaraf premium, tetapi dengan harga yang tidak membebankan. Prinsip kami jelas Servis Gaya T20, Harga B40. Setiap pelanggan berhak mendapat layanan kelas pertama tanpa kos tersembunyi.”
Model Keahlian & Ekosistem Komuniti
SPANA turut memperkenalkan pakej keahlian tahunan pada kadar RM100 setahun yang menawarkan pelbagi manfaat termasuk bantuan kecemasan dan keistimewaan eksklusif kepada ahli.
Menurut Datuk Rosyam, sasaran jangka panjang SPANA adalah membina ekosistem sokongan menyeluruh untuk komuniti penunggang motosikal di seluruh Selangor dan Lembah Klang menjelang 2027.
Inisiatif Digital & Promosi Grand Opening
Sempena pelancaran, SPANA memperkenalkan Contest Video Terpaling Viral dengan peluang memiliki Yamaha Y16 pada harga RM88.88 serta Contest Pocket Bike RM8.88 melibatkan 10 unit untuk dimenangi.
Cabutan Bertuah Grand Opening turut diadakan dan disiarkan secara langsung menerusi TikTok rasmi SPANA, memperkukuh strategi pemasaran digital dan interaksi dua hala bersama komuniti.
Pelancaran ini menandakan permulaan kepada aspirasi besar SPANA untuk menjadi peneraju model servis motosikal berteraskan komuniti di Malaysia.

