Kuala Lumpur – 16 Februari 2026 – Sempena sambutan Tahun Baru Cina Kuda, Emirates menandakan salah satu tempoh perjalanan paling sibuk di seluruh Asia Tenggara dengan tawaran pengalaman penumpang di atas kapal dan pandangan mendalam trend pelancongan ke dan dari Malaysia, Thailand dan Vietnam semasa musim cuti tersebut. Tahun Baru Cina kekal sebagai salah satu musim perjalanan yang paling penting di rantau ini, menggabungkan pertemuan keluarga dan aktiviti perlancongan ke destinasi antarabangsa.
Trend perjalanan Tahun Baru Cina di seluruh Asia Tenggara
Data tempahan Emirates sepanjang Februari 2026 menunjukkan skala dan kepelbagaian tujuan perjalanan Tahun Baru Cina merangkumi seluruh pasaran.
Malaysia
Data tempahan perjalanan Emirates untuk Februari 2026 menunjukkan bahawa perjalanan ke dan dari Malaysia semasa tempoh perayaan didorong oleh pertemuaan keluarga dan perjalanan riadah antarabangsa. Trafik masuk didahului oleh UK, UAE, Jerman dan AS, mencerminkan hubungan kukuh Malaysia dengan komuniti luar negara dan daya tarikannya sebagai destinasi percutian semasa Tahun Baru Cina.
Pelancong masuk kebanyakannya solo (61%) dan berpasangan (20%), dengan pelancong berkeluarga menyumbang 10%. Pelancong keluar dari Malaysia memanfaatkan tempoh perayaan untuk bercuti jarak jauh, dengan Dubai, Istanbul, Kaherah, London dan Paris antara destinasi utama. Profil pelancong keluar kekal tertumpu kepada pelancong solo (53%) dan berpasangan (21%), diikuti dengan pelancong berkumpulan (14%) dan pelancong berkeluarga (10%).
Musim Tahun Baru Cina di Malaysia menjadi titik pelancaran untuk perjalanan antarabangsa, mengukuhkan kepentingan ketersambungan jarak jauh dan pilihan kabin premium semasa kemuncak musim percutian.
Thailand
Mengikut data tempahan perjalanan Emirates, pola perjalanan Tahun Baru Cina di Thailand untuk Februari 2026 kekal didominasi oleh aktiviti riadah, dengan permintaan masuk paling tinggi dari Jerman, UK, Rusia, Perancis dan Hong Kong. Ini mencerminkan daya tarikan berterusan Thailand sebagai destinasi percutian musim perayaan untuk pelancong antarabangsa.
Pelancong masuk kebanyakannya berpasangan (30%) dan pelancong solo (45%), dengan pelancong berkeluarga menyumbang 11% dan pelancong berkumpulan 12%, menggariskan peranan percutian sebagai tempoh perjalanan riadah dan bukannya musim pertemuaan keluarga.
Pelancong keluar dari Thailand lebih menyukai destinasi jarak dekat dan serantau semasa tempoh Tahun Baru Cina, dengan Hong Kong, Da Nang dan Dubai menduduki destinasi paling popular. Perjalanan keluar didahului oleh pelancong solo (48%) dan berpasangan (25%), diiikuti dengan pelancong berkumpulan (15%) dan pelancong berkeluarga (9%). Sebahagian besar perjalanan bertujuan untuk percutian hujung minggu atau untuk melawat rakan dan saudara mara.
Bagi pelancong Thailand, Tahun Baru Cina berfungsi terutamanya sebagai tempoh perjalanan riadah, dengan permintaan yang tinggi untuk percutian singkat serantau dan perjalanan jarak jauh terpilih, memacu keperluan ketersambungan frekuensi tinggi yang fleksibel.
Vietnam
Semasa musim perayaan Tết, data tempahan perjalanan Emirates untuk Februari 2026 menunjukkan bahawa pola perjalanan Vietnam dipacu permintaan jarak jauh yang semakin meningkat. Pelancongan masuk ke Vietnam didahului Jerman, Thailand, UK, AS dan Rusia. Penumpang masuk kebanyakannya solo (50%) atapun berpasangan (27%), manakala pelancong berkeluarga dan pelancong berkumpulan menyumbang hanya 8% dan 11% masing masing. Data ini menunjukkan bahawa trend perjalanan didorong oleh niat perjalanan peribadi, riadah dan berasaskan pertemuaan semula keluarga. Data tersebut juga menunjukkan sebahagian besar trafik lawatan daripada rakan dan saudara mara (visiting friends and relatives ataupun VFR), menggariskan kepentingan Tết sebagai masa untuk pertemuan keluarga.
Pengembara keluar dari Vietnam juga menggunakan tempoh cuti untuk pelancongan jarak jauh, dengan Dubai, Bangkok, London, Paris dan Moscow muncul sebagai destinasi paling popular. Selain balik kampung, musim Tết kini semakin menjadi peluang untuk pengembara dari Vietnam menggabungkan penunaian tanggungjawab kekeluargaan dengan perjalanan antarabangsa, memacu permintaan untuk ketersambungan global semasa kemuncak musim percutian.
Pengalaman Penumpang di atas kapal Emirates sempena peryaan Tahun Baru Cina
Bagi meraikan Tahun Kuda, Emirates menawarkan pelbagai pengalaman penumpang kepada pelanggan yang melancong sepanjang tempoh Tahun Baru Cina, sama ada di darat mahupun di udara. Dari 17 hingga 19 Februari 2026, pelancong boleh menikmati hidangan panas dan pencuci mulut istimewa yang diinspirasikan oleh amalan dan hidangan tradisi Tahun Baru Cina di ruang istirehat Emirates terpilih di Dubai (DXB), Singapura (SIN), Bangkok (BKK), Beijing (PEK), Shanghai (PVG) dan Hong Kong (HKG).
Di udara, Emirates akan membawa kemeriahan dalam penerbangan ke pasaran utama Asia termasuk China, Taiwan, Singapura dan Malaysia antara 16 dan 20 Februari 2026, dengan pencuci mulut bertemakan Tahun Baru Cina dan angpao yang dihadiahkan kepada tetamu.
Pelanggan yang menaiki penerbangan Emirates antara Dubai dan Kuala Lumpur semasa tempoh Tahun Baru Cina boleh menikmati hidangan mewah di dalam pesawat merentasi semua kelas kabin. Pelanggan kabin premium akan dihidangkan kek mousse laici dan mawar dengan coklat putih, manakala pelancong Kelas Ekonomi boleh menikmati pencuci mulut sagu kelapa dan taro dengan manisan buah-buahan dan kacang merah. Di samping itu, angpao yang diisi syiling coklat akan dihadiahkan pada penerbangan terpilih.
Melengkapi makanan dan perkhidmatan, sistem hiburan dalam penerbangan Emirates ice juga menawarkan pengalaman pelanggan bertemakan Tahun Baru Cina. Di samping koleksi khas dalam bahasa Cina yang menampilkan judul seperti “Legend of the Condor Heroes: The Gallants”, pelanggan yang berlepas dari Malaysia boleh menikmati pelbagai pilihan filem, rancangan TV dan muzik dalam bahasa Melayu – membolehkan para penumpang menikmati cerita dan irama kegemaran mereka sepanjang perjalanan.
Menghubungkan Asia Tenggara dengan dunia sepanjang kemuncak musim perjalanan
Dengan rangkaian globalnya yang merangkumi enam benua, Emirates terus memainkan peranan penting dalam menghubungkan Asia Tenggara dengan destinasi antarabangsa utama semasa tempoh permintaan tinggi seperti Tahun Baru Cina.
Emirates di Malaysia
- Emirates telah berkhidmat untuk Malaysia sejak tahun 1996, menawarkan sambungan global yang lancar dari Kuala Lumpur ke Dubai dan seterusnya.
- Syarikat penerbangan ini mengendalikan 21 penerbangan mingguan antara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Dubai, menggunakan pesawat Airbus A380 dan Boeing 777.
- Kerjasama perkongsian kod di antara Malaysia Airlines dan Emirates membolehkan penumpang merancang perjalanan dengan sepenuhnya melalui Emirates dan berhubung ke 17 destinasi di seluruh Malaysia, semuanya dengan satu tiket.
- Kerjasama perkongsian kod Emirates dengan Batik Air memberikan pelanggan akses mudah ke lima destinasi domestik (Pulau Pinang, Langkawi, Johor Bahru, Kota Kinabalu dan Kuching) dan tiga titik serantau Asia Tenggara, melalui Kuala Lumpur.
- KLIA merupakan lapangan terbang pertama di Malaysia yang mampu mengendalikan Airbus A380, dengan Emirates melancarkan perkhidmatan ikonik A380 ke Kuala Lumpur pada tahun 2012.
Mengenai Emirates
Kisah Emirates bermula pada tahun 1985 apabila kami melancarkan operasi dengan hanya dua pesawat. Hari ini, kami mengendalika armada Airbus A380 dan Boeing 777 yang terbesar di dunia serta Airbus A350 baharu, menawarkan pelanggan kami keselesaan pesawat berbadan lebar terkini dan paling cekap di langit.
Kami memberi inspirasi kepada pelancong di seluruh dunia dengan rangkaian destinasi seluruh dunia kami yang semakin berkembang, hiburan dalam penerbangan yang terkemuka dalam industri, masakan yang diilhamkan oleh serantau, dan perkhidmatan bertaraf dunia.
https://www.emirates.com/my/english/

